Latar belakang Jeanne_Abdullah

Dilahirkan sebagai Jeanne Danker pada 29 Julai 1953 di Kuala Lumpur kepada keluarga Roman Katolik Portugis-Serani,[2] beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah seorang alumni Sekolah Menengah Assunta di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya ialah Matthew Danker.

Jeanne kemudian memeluk Islam pada usia 23 tahun,[2] apabila beliau berkahwin dengan suami pertamanya, Othman Mahmood, yang merupakan adik kepada arwah isteri pertama Abdullah, Tun Endon Mahmood.

Jeanne bekerja dalam bidang pengurusan hotel di hotel-hotel utama termasuk Kuala Lumpur Hilton dan Pan Pacific Hotel. Pada satu ketika, beliau mejadi penyelia kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri, dan menjadi pengurus Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, apabila Abdullah mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 1 November 2003.[3][4]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Jeanne_Abdullah http://news.asiaone.com/News/AsiaOne+News/Malaysia... http://bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=265... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_lite.php... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/12... http://www.istiadat.gov.my/index.php/component/sem... http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=page&page=1635 http://malaysia-today.net/blog2006/?itemid=5258 http://malaysia-today.net/blog2006/?itemid=5260 http://www.webcitation.org/5PuaTzMGg?url=http://be... http://www.webcitation.org/5wWfFimHC?url=http://ww...